Searching...

.::: salam :::.

Monday, June 6, 2011

TAZKIRAH : IKHLAS itu INDAH???


Bismillahirrahman Ar-Rahim..

Segala puji bagi Allah,yang padanya sahaja tempat kita mengatur syukur.Dia yang sentiasa memberi dan terus memberi tanpa meminta-minta.

berbeza dengan kita sebagai manusia.tatkala memberi,pasti saja mahu meminta balasnya.

Ada orang memberi harta,ada yang memberi kasih sayang,ada juga memberi pertolongan ,dan tak kurang juga yang sanggup memberikan segalanya..namun kita manusia..pasti kan terdetik mau beroleh apa-apa.

Memberi mesti dibalas???

kalau kita tengok dalam realiti hidup kita,kita suka memberi..memberi pinjam wang,belanja makan,belikan hadiah,dan macam2.

mungkin kita kadang tak sedar...kita sebenarnya mengharapkan balasan!

kita belanja makan,dengan harapan suatu hari nanti kita akan dibelanja pula,memberi hadiah agar nanti kita pula dapat hadiah,beri pinjam wang supaya nanti kalau kita perlukan wang orang akan bagi kita pinjam pula...bukankah begitu???

tak kurang juga yang memberikan kasih sayang,bahkan memberi cinta,hati dan perasaan!

sidang pembaca..
mungkin ada ibu yang bersusah payah membesarkan anak-anaknya mengharapkan anaknya nanti akan membalas jasanya???sudah tentu bukan?

atau mungkin seorang isteri begitu menjaga dan memberikan sepenuh kasih dan cinta,mengharapkan agar suaminya pon begitu padanya.

seorang teman dan sahabat membantu kita dalam banyak perkara,apakah dia tidak mengharapkan sesuatu??

"tak..mana ada.aku ikhlas tolong nih"kata kawan.

"mak tak harapkan apa2 pun...cuma nak anak2 mak berjaya ja"kata ibu.

benarkah begitu??

ikhlas itu apa sebenarnya?

IKHLAS.

ringkas,tapi punya makna dan maksud yang sungguh luar biasa.

ikhlas itu anda memberi tanpa mengharapkan apapun melainkan balasan daripada Allah!

benar...balasan itu kita tak nampak sekarang,tapi kita akan terkejut dan tercengang tatkala Allah menghadiahkannya diakhirat nanti.

memberi sesuatu tanpa mengharapkan balasan dunia,tanpa mengharapkn dibalas wang ringgit,tanpa dibalas kasih sayang tanpa dibalas cinta!

tapi dibalas SYURGA!

IKHLAS itu INDAH~

mereka yang memberi tanpa mengharapkan apa2 melainkan syurga pasti kan bahgia.dia akan tersenyum sentiasa.

kenapa????

kerna saat dia memberi dengan sepenuh hati dia terbayang dan terkenang janji Allah berupa syurga.

dia takkan kecewa kalau jasanya tidak dibalas...

dia tidak menangis terseksa andai tidak dibalas cinta...

dia tidak akan hampa kalau terpaksa bersusah payah untuk orang lain...

dia takkan membenci mereka yang tidak mengenang budi....

dia tidak pernah tersinggung andai namanya tidak popular sebagai orang yang pemurah..

tidak..tidak..tidak...
kerna dia yakin ada SYURGA yang menantinya.

bukankah begitu???

sungguh ikhlas itu INDAH dan memBAHGIAkan...andai kita benar-benar merasai hakikat sebuah keIKHLASan...

wallahua'lam....sekadar perkongsian ringkas.moga beroleh manfaat!

5 comments:

spijpnperlis@gmail.com said...

Salam QS,
Sebuah Peringatan yang bermakna!
Sungguh. Sukar untuk aplikasi ikhlas dalam hati sndiri,....
Terima Kasih atas artikel ringkas tetapi meninggalkan kesan!

Pemilik Sekeping HAti said...

sama2..peringatan buat diri jua!

akamal said...

ikhlas yg sebenar.... sukar dicari.... sekiranya karat2 jahiliyah masih wujud dalam diri....

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,perkongsian yang menarik!teruskan penulisan ya!

awan biru said...

ikhlas itu indah..
ingat memperingati itu juga indah..syukran ats perkongsian..dapat ingatkan balik jiwa2 yang lupa ni,khususnya saya..moga Allah pelihara kita..